AMNiaga @ My LNA

VMRT buahkan kejayaan besar, Kerajaan setuju teruskan APEC 2020

129

KUALA LUMPUR 25 Julai 2020 – Persidangan APEC 2020 Virtual Ministers Responsible For Trades (VMRT) yang berlangsung semalam membuahkan kejayaan yang besar hasil dari kesepakatan daripada anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBMK Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, persidangan tersebut menyaksikan anggota ekonomi APEC telah berjaya mencapai kata sepakat untuk kemukakan satu lagi kenyataan bersama (joint statement) berhubung beberapa perkaya yang telah mereka persetujui dalam kenyataan bersama yang telah dikeluarkan pada Mei lalu.

“Kita merasakan ini satu signal yang penting kepada masyarakat dunia bahawa anggota ekonomi APEC bukan sahaja mengeluarkan kenyataan tetapi telah muafakat untuk bersama-sama dalam usaha kita dalam menangani kesan pandemik COVID-19 ke atas kesejahteraan rakyat dan juga ekonomi anggota ekonomi APEC. Dan ini satu kejayaan yang bagi saya luar biasa kerana kita sedia maklum pada tahun 2018 anggota ekonomi APEC telah gagal untuk mendapatkan kenyataan bersama kerana pada ketika itu berlakunya trade war di antara Amerika Syarikat dan China. Pada tahun lepas kita juga tiada sebarang kenyataan akibat kegagalan persidangan APEC di Chile.

Maka pada tahun ini merupakan tahun yang amat penting dan kita sebagai tuan rumah (persidangan) APEC telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif untuk terus engage dan mengadakan series of consultations dengan anggota ekonomi APEC bermula dari tahun lepas. Saya yakin dengan engagement seperti ini telah dapat menghasilkan beberapa kejayaan besar di atas inisiatif Malaysia seperti yang berlaku pada bulan Mei dan juga hari ini. Kita juga sedang menumpukan segala usaha untuk menyiapkan post 2020 vision untuk anggota ekonomi APEC.

Kemajuan draf ini cukup baik dan positif. Kita telah adakan dua physical meeting yang berlangsung di Langkawi pada tahun lepas dan di Putrajaya (sebelum PKP dilaksanakan). Beberapa hari lepas kita telah mengadakan perbincangan lagi dan draf itu telah kita edarkan di kalangan anggota ekonomi APEC dan mesyuarat yang seterusnya (akan diadakan) pada 13 Ogos yang akan datang.” jelas Azmin ketika sesi sidang media di menara MITI semalam.

Sumber foto : MITI

Mengulas lanjut, Azmin menyatakan bahawa post 2020 vision tersebut penting kerana beberapa matlamat akan tamat pada tahun ini. Tambah beliau sekali lagi Malaysia yang di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama anggota ekonomi APEC untuk melihat hala tuju APEC seterusnya.

“Saya telah membawa perkara ini ke dalam mesyuarat kabinet pada semalam (Jumaat) dan pada dasarnya kabinet bersetuju untuk kita meneruskan persidangan APEC 2020 pada hujung tahun ini secara maya (virtual) memandangkan situasi semasa.

Namun kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan secara fizikal sekiranya keadaan mengizinkan anggota ekonomi APEC mengadakan pertemuan pada hujung tahun ini” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...