AMEkonomi @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

DETF terajui usaha pemulihan dan rangsangan sektor ekonomi

96

PUTRAJA 26 Julai 2020 – Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) telah diadakan di Cyberjaya pada Jumaat dan ia dipengerusikan bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. Melalui DETF, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerajui usaha-usaha memulih dan merangsang sektor-sektor ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

“DETF dianggotai 32 ahli terdiri daripada pegawai kanan Kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan, wakil industri serta wakil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pemerkasaan Ekonomi Digital merupakan antara agenda utama negara. Sehubungan itu, KKMM dan MOSTI melalui DETF akan bersama-sama menerajui usaha-usaha memulih dan merangsang sektor-sektor ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 dan ia mampu dipercepatkan melalui pemacuan Ekonomi Digital. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan norma baharu (new norm) yang diamalkan masyarakat dunia termasuk di negara ini di mana Ekonomi Digital kini telah menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia. Dalam pada itu, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh setiap Kementerian, agensi dan sektor swasta dalam kerangka Ekonomi Digital ini akan turut menyumbang kepada kejayaan negara dalam meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Selain itu, Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan juga telah dimasukkan ke dalam program lonjakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di bawah Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 menerusi aktiviti Tsunami Digital. MOSTI melalui MIMOS dan Cradle Fund Sdn. Bhd. akan memperluaskan penggunaan analisis data raya (big data) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) bagi memastikan nilai tambah dapat diwujudkan” jelas KKMM dan MOSTI menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini.

Sumber foto : Facebook Rasmi Menteri KKMM

Tambah KKMM, penubuhan DETF ini merupakan peluang terbaik dan tepat pada masanya serta memainkan peranan penting dalam menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi digital bagi memacu pemulihan ekonomi negara berikutan pandemik COVID-19 berpandukan teras utama di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020.

“Gerak kerja DETF berpandukan empat teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan, merangsang ekonomi dan pemboleh daya.

Mesyuarat DETF ini telah membincangkan 15 program berimpak tinggi di bawah empat teras tersebut dalam mempercepat pendigitalan ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara digital dan berteknologi tinggi” kata kedua-dua Kementerian tersebut.

Empat teras dan program-program tersebut adalah :

Teras 1: Memperkasakan RakyatPembangunan bakat ekonomi digital

  1. Pembangunan bakat ekonomi digital
  2. Ekonomi Gig
  3. E-Pembelajaran (pendidikan digital)
  4. Penerimagunaan pembayaran tanpa tunai

Teras 2: Melonjakkan Perniagaan

  1. Penerimagunaan e-dagang
  2. Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  3. Platform Teknologi
  4. Inovasi Syarikat Pemula
  5. Industri Kreatif Digital
  6. E-Perolehan Kerajaan dalam kalangan PKS

Teras 3: Merangsang Ekonomi

  1. Menarik pelaburan
  2. Pendigitalan sektor awam

Teras 4: Pemboleh Daya

  1. Infrastruktur digital
  2. Keselamatan siber
  3. Perkongsian data

“Selain daripada itu, mesyuarat bersetuju bahawa platform DETF ini adalah landasan yang terbaik bagi memastikan penyelarasan antara agensi yang lebih teratur serta mampu mengelakkan pertindihan aktiviti berkaitan pembangunan ekonomi digital negara.

Mesyuarat juga menegaskan keutamaan penglibatan industri tempatan,
termasuk syarikat awalan dalam pembekalan produk dan perkhidmatan digital kepada sektor awam dan swasta bagi memperkasakan membangunan industri digital negara. Aspek kepercayaan dan keselamatan siber juga diberi penekanan untuk menggalakkan penggunaan platform digital dalam transaksi perniagaan dan
perkongsian data.” tambah KKMM dan MOSTI.

Mesyuarat DETF akan diadakan secara berkala dan hasil mesyuarat dilaporkan kepada Jemaah Menteri untuk memastikan kejayaan pelaksanaan setiap projek berimpak tinggi dapat dicapai demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...