Home AM Hishamuddin bertemu Menteri Luar Singapura
AM

Hishamuddin bertemu Menteri Luar Singapura

JOHOR 26 Julai 2020 – Menteri Luar Negeri YB Dato’ Seri Hishamuddin Hussein pada hari ini telah bertemu buat pertama kali secara bersemuka dengan Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishan di Tambak Johor. Menurut beliau, menerusi perbincangan pada hari ini, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura bersyarat menerusi 2 inisiatif – Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Luar Negeri

Tambah Hishamuddin, SOP pelaksanaan juga telah dimuktamadkan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bermula 10 Ogos.

“Seperti telah saya maklum beberapa kali, ada 4 kategori dicadangkan untuk pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura ini. RGL dan PCA ialah kategori pertama dan kedua. Untuk kategori ketiga iaitu pergerakan rentas sempadan harian dan kategori keempat iaitu buka sempadan sepenuhnya; rundingan dengan Singapura akan terus diadakan untuk memuktamadkan SOP.

Banyak yang perlu diperhalusi dengan mengambilkira keupayaan melaksanakan ujian saringan serta kemudahan perubatan di kedua-dua Negara – ini bukan mudah kerana ia akan melibatkan lebih 200 ribu orang sehari. ” jelas Hishamuddin.

Beliau turut mengingatkan kepentingan untuk rakyat negara ini utamakan keselamatan memandangkan krisis #COVID19 belum reda malah menunjukkan peningkatkan kes sejak akhir-akhir ini.

“Jadi, saya harap semua dapat bersabar, kita akan usaha yang terbaik.” ujar Hishamuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...