Home MY LNA AM Politik @ My LNA DAP pertahankan tindakan ADUN Kepayan – Lim Guan Eng
Politik @ My LNA

DAP pertahankan tindakan ADUN Kepayan – Lim Guan Eng

24 Julai 2020 – Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Lim Guan Eng memaklumkan bahawa parti tersebut mempertahankan tindakan Pembantu Menteri Negeri Sabah merangkap ADUN Kepayan, YB Jannie Lasimbang yang menolak politik wang dan tawaran jawatan bagi mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat Sabah.

Menurut Lim Guan Eng, Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini telah memberi amaran yang jentera negara telah dimanipulasikan untuk menakutkan wakil-wakil rakyat dan menggalakkan pengkhianatan di kalangan mereka bagi menjatuhkan kerajaan negeri Sabah sekarang dan mendirikan sebuah kerajaan baharu yang menyokong kerajaan persekutuan.

“Shafie juga tegas menentang penubuhan kerajaan pintu belakang PN dan sebaliknya menghormati keputusan rakyat 2018 untuk memberi mandat kepada Pakatan Harapan ++.

Tambahan pula terdapat laporan yang disebarkan tentang cubaan untuk menggunakan politik jijik bagi membeli wakil-wakil rakyat dengan jawatan dan duit. DAP dengan tegas menentang tawaran sebegini, malah ada yang sanggup menawarkan sejumlah RM32 juta selain jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Bagi membuktikan jentera kerajaan tidak digunakan sebagai alat politik, tindakan tegas harus diambil terhadap ‘saudagar katak’ dan ejen politik ini. DAP amat berbangga bila wakil rakyat kami secara terbuka mencela ejen-ejen politik ini dan meminta ejen-ejen ini agar tidak lagi mengganggu mereka lagi kerana pimpinan DAP bukan katak yang boleh diperdagangkan.” kata Ahli Parlimen Bagan tersebut.

Tegas beliau, DAP memberi sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dan parti tersebut akan memberi dokongan dan bantuan kepakaran undang-undang kepada semua wakil rakyat kami di Sabah yang diganggu dan diugut.

Wakil rakyat kami, Saudari Jannie Lasimbang kini diancam dengan tindakan undang-undang kerana mendedahkan apa yang terjadi. Saya telah meminta peguam-peguam kanan DAP iaitu Timbalan Pengerusi DAP, YB Saudara Gobind Singh Deo dan Pengerusi Biro Guaman DAP, YB Saudara Ram Karpal untuk memberikan bantuan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...