Home COVID-19 Penafian Berita Palsu 4 April 2020, 9 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM
COVID-19Kenyataan Media

Penafian Berita Palsu 4 April 2020, 9 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM

4 April 2020, 9 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :

  1. KKM menafikan kesahihan beberapa tips kesihatan seperti memakan vitamin dan makanan tertentu, makanan beralkali dan minuman panas serta berjemur di bawah matahari untuk mengalahkan virus COVID-19.
  2. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) MKN menafikan kesahihan satu aplikasi mudah alih bernama “Perdana Menteri Malaysia” yang didakwa memberi maklumat mengenai bantuan COVID-19 tetapi sebenarnya adalah palsu dan mempunyai kod hasad (malware).
  3. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) menafikan dakwaan bahawa “orang dalam” atau “bos imigresen” telah memberi perlepasan khas kepada seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan tempatan melalui Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Semenanjung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

COVID-19HealthLNA LIFE!Media OutReach

Singapore’s Health Sciences Authority Approves Pfizer’s Pneumococcal 20-Valent Conjugate Vaccine For Adults 18 Years Or Older

First pneumococcal conjugate vaccine that protects against 20 serotypes responsible for the...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19Kesihatan

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...