Home AM Slot TV Pendidikan mulai Isnin
AMCOVID-19Pendidikan

Slot TV Pendidikan mulai Isnin

04 April 2020 – Slot Program TV Pendidikan yang merupakan satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV akan mula disiarkan pada hari Isnin 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey. Ia merupakan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut KPM menerusi kenyataan media hari ini, Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Melalui kerjasama ini, KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM. Dengan ini, murid yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah melalui televisyen.

Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Waktu siaran adalah pada pukul 9:00 hingga 10:00 pagi dan pukul 1:00 hingga 2:00 petang. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.” jelas KPM.

Tambah KPM, Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV. Ia juga boleh ditonton menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI.

“Bagi murid yang mempunyai capaian internet, siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

KPM berharap usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid, guru dan ibubapa bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan dengan efektif dan menarik walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.” ujar KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...