AMCOVID-19 @ My LNAKenyataan Media

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 2 APRIL 2020

87

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH
PULIH


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan
bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj
pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih
sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah
sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes
baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif
COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.


Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat
di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness
and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan
bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes
kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes
kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6
peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki
    warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai
    latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau telah
    dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac 2020
    dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 11.10
    malam.
  • Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 7.10 malam.
  • Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 8.01 pagi.
  • Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke- 2107). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 1 April 2020 jam 8.36 malam.
  • Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 2.20 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

PENGENALAN SISTEM ONLINE APPOINTMENT DI KLINIK
KESIHATAN

Sistem Online Appointment di Klinik Kesihatan merupakan kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan empat (4) syarikat iaitu Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall. Ini adalah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan khususnya semasa pandemik jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada sesuatu masa perlu diamalkan, selaras dengan penjarakan sosial (social distancing).

Melalui sistem Online Appointment ini, pelanggan boleh memilih
slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan
perkhidmatan. Sistem ini adalah untuk kes-kes walk-in penyakit
ringan sahaja.

Sistem ini bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4
buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah
Persekutuan Putrajaya bersama DoctorOnCall. Selanjutnya
perkhidmatan ini akan diperluaskan ke klinik kesihatan yang terpilih
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan
kolaborasi Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM prihatin dengan keadaan semasa berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin boleh mengakibatkan
orang ramai mengalami pelbagai emosi seperti kerisauan, panik,
sedih dan murung.

KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat
menjaga kesihatan minda dengan mengambil beberapa langkah
berikut:

  • Elakkan bersendirian dan kongsi perasaan anda dengan
    seseorang yang dipercayai.
  • Saling memberi kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan
  • Saling berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat, menggunakan pelbagai medium komunikasi
  • Beribadat mengikut kepercayaan masing-masing
  • Amalkan teknik relaksasi
  • Lakukan aktiviti fizikal di rumah
  • Makan secara sihat

Justeru, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan
psikososial dengan menghubungi talian berikut:

011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935

Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
setiap hari.

Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan,
KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia
boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian
Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini
melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan
kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 April 2020 @ 5.00 petang

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...