Home AM Pakej Stimulus Industri Kecil Sederhana TV Al-Hijrah (PSIKS – TVAH)
AMCOVID-19niaga

Pakej Stimulus Industri Kecil Sederhana TV Al-Hijrah (PSIKS – TVAH)

3 April 2020 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pada hari ini mengumumkan bahawa TV Al-Hijrah telah melancarkan  Pakej Stimulus Industri Kecil Sederhana TV Al-Hijrah (PSIKS – TVAH). Dengan bantuan tersebut, usahawan dan pemilik perniagaan diharap dapat mengekalkan perniagaan mereka melalui rangkaian promosi dan pengiklanan dengan nilai air-time RM30, 000 untuk setiap usahawan.

“COVID-19 memberi impak yang ketara kepada ekonomi negara termasuk segmen Industri Kecil Sederhana (IKS) yang merupakan antara nadi utama negara dan menyebabkan banyak pengusaha IKS gulung tikar. Ramai yang tidak mampu untuk menanggung operasi syarikat berikutan ketiadaan jualan (terutamanya perniagaan offline yang mempunyai kedai fizikal) dan meneruskan operasi syarikat kerana tiada bajet untuk meneruskan promosi / pengiklanan produk mereka.

Atas rasa tanggungjawab bagi menyahut seruan #MUSAADAHCOVID19, TV Al-Hijrah yang merupakan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil Sederhana TV Al-Hijrah (PSIKS – TVAH). PSIKS – TVAH dilancarkan dengan tujuan membantu usahawan dan pemilik perniagaan agar dapat mengekalkan perniagaan mereka melalui rangkaian promosi dan pengiklanan yang diperkenalkan dalam PSIKS-TVAH dengan nilai air-time RM30, 000 per usahawan.” jelas Dr. Zulkifli menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah beliau, dengan nilai sumbangan airtime tersebut yang secara keseluruhannya bernilai sebanyak RM7.65 juta, ia bakal memberi manfaat kepada pelbagai pengusaha IKS seperti segmentasi kosmetik, makanan kesihatan, agensi pelancongan & umrah, perkhidmatan, fesyen, peralatan rumah dan lain-lain.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TV Al-Hijrah atas usaha yang amat bermakna ini kepada usahawan IKS. Semoga kabus “demam ekonomi” ini akan pergi” ujar Dr Zulkifli.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

COVID-19HealthLNA LIFE!Media OutReach

Singapore’s Health Sciences Authority Approves Pfizer’s Pneumococcal 20-Valent Conjugate Vaccine For Adults 18 Years Or Older

First pneumococcal conjugate vaccine that protects against 20 serotypes responsible for the...