AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

ABIM ucap Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia

223

2 April 2020 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada hari ini mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia di mana Bulan Kesedaran Autism bermula hari ini sehingga 30 April.

Kata ABIM di dalam kenyataan yang dimuat naik ke halaman rasmi Facebook pertubuhan tersebut pada hari ini, Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada setiap 2 hb April setiap tahun untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan mereka yang mengalami autisme.

“Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme, tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar autisme.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru agar rakyat Malaysia bersama-sama menyebarkan sikap keprihatinan dan sokongan terhadap anak-anak istimewa ini dengan memakai baju berwarna biru muda, bermula pada 2hb April 2020.” ujar ABIM.

Tambah ABIM, bertemakan warna biru, kita semua boleh menunjukkan sokongan dengan bersama-sama meningkatkan kefahaman kita tentang autisme dan juga dengan menjadi sebahagian daripada sistem sokongan yang berkesan dalam masyarakat.

“Teruskan berada di rumah, kerap cuci tangan dan kekalkan penjarakan sosial sepanjang tempoh PKP ini, semoga Allah Subhanahu wa-ta’ala memelihara kita semua dari bahaya wabak dan sejahterakan negara kita.” pesan ABIM.

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...