Politik @ My LNA

PRK Kimanis bakal diadakan

91

KUALA LUMPUR 9 Disember 2019 – Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof pada semalam mengumumkan beliau telah menerima surat dari Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 9 Disember 2019 yang memaklumkan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.176 Kimanis mulai 10 Disember 2019.

Tambah Mohamad Ariff lagi perkara ini adalah selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu ” apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya “.

“Pihak SPR telah menerima Perakuan Mahkamah Persekutuan menurut Seksyen 36A(3)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya umum bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.176 Kimanis yang disandang oleh YB Dato’ Seri Anifah bin Aman pada 9 Mei 2018 adalah sah dan terbatal.

Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kekosongan berkenaan.” jelas Mohamad Ariff dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pada PRU14 yang lalu, Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi di mana beliau memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang  yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...