AM

Kerajaan peruntukkan RM164 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh – Azmin Ali

171

10 Disember 2019 – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada semalam telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan RM164 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada 274,639 orang pekebun kecil getah, iaitu 255,997 pemilik pengusaha dan 18,642 penoreh bukan pemilik.

“Kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan dalam dua peringkat terus ke akaun pekebun kecil, iaitu RM300 pada bulan Disember 2019 dan RM300 pada bulan Januari 2020 oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Sehubungan itu, pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA dan mengusahakan kebun getah tidak lebih 2.5 hektar digalakkan untuk segera membuat permohonan dan mengemaskinikan maklumat mereka sebelum 15 Disember 2019 di Pejabat RISDA seluruh Malaysia.” ujar Azmin di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau semalam.

Beliau turut menambah bahawa peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh akan diteruskan dalam Belanjawan Tahun 2020 dengan jumlah RM200 juta akan disalurkan kepada pekebun kecil RISDA dan juga pekebun kecil di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Beliau yakin dengan peningkatan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh dari tahun lepas pastinya mengurangkan beban pekebun kecil dalam mengimbangi kos sara hidup harian ketika berlaku penurunan produktiviti akibat musim tengkujuh.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...