AMMuzik & Hiburan @ My LNA

Kerajaan luluskan kenaikan harga program televisyen RTM – Gobind

95

10 Disember 2019 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pada hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan cadangan kenaikan kadar harga kepada para pengkarya seni kreatif bagi siaran hasil karya mereka di RTM di mana kadar kenaikan yang telah diluluskan mengikut kategori rancangan adalah 20% – 60% bagi Telefilem, 30% – 60% bagi Drama Bersiri, 10% – 30% bagi Dokumentari/Majalah, dan 30% bagi Animasi Bersiri.

Menurut Gobind, kadar baharu ini akan mula dipakai mulai bulan April 2020, dan ia tertakluk kepada kualiti produk yang dikemukakan kepada pihak RTM. Setiap terbitan perlu melalui proses kelulusan dan piawaian yang ditetapkan dengan persetujuan pihak RTM dan juga syarikat.

“Kadar harga semasa yang telah ditetapkan pada tahun 1986 tidak pernah dikaji semula selama 33 tahun. Setelah mendengar keluhan penggiat seni tempatan mengenai isu ini, saya telah mengemukakan cadangan kajian semula kadar harga ini melalui Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai salah satu langkah penambahbaikan industri kreatif tempatan.

Dalam menentukan kadar-kadar ini, RTM telah melaksanakan perbandingan dengan pihak ketiga untuk memastikan bahawa kadar yang ditawarkan RTM adalah kompetetif dengan kadar pasaran semasa.” jelas Gobind di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga akan menambah kepelbagaian rancangan di bawah kategori-kategori tertentu seperti Extreme Gameshow (30min) di bawah kategori Variety Show, Muzikal Hiburan Bersiri (60min) dan Kapsul/Trailer/Promo (1-3min).

Jelas Gobind lagi inisiatif untuk mengkaji semula kadar harga program RTM ini selepas 33 tahun tidak pernah dikaji semula adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menambah baik industri kreatif tempatan. Di samping itu, Kerajaan juga telah telah menyempurnakan peralihan daripada TV analog kepada digital di mana usaha ini telah menambah bilangan saluran yang dinikmati secara percuma oleh rakyat dan secara tidak langsung ia meningkatkan keperluan kandungan tempatan untuk disiarkan.

“Usaha pendigitalan dan kenaikan kadar harga RTM bermakna penggiat seni negara kini mempunyai lebih peluang untuk menerbitkan produksi yang bermutu tinggi sambil meraih pendapatan yang lebih tinggi untuk karya mereka.

Selain daripada usaha-usaha di atas, Kementerian saya juga sedang berusaha menambah baik susunan rancangan atau ‘ belting’ RTM yang sedia ada, mengkaji proses ‘pitching’ dan perolehan kandungan serta proses pemasaran RTM. Adalah diharapkan bahawa usaha-usaha ini akan memberi lebih peluang kepada industri kreatif dan pemasaran tempatan serta meningkatkan ketelusan proses yang sedia ada.” tambah beliau.

Pada 26 November yang lepas, di Dewan Rakyat, Gobind telah berkata bahawa KKMM melalui RTM telah memohon kajian kadar bayaran baru program televisyen RTM supaya diteliti oleh Kementerian Kewangan. Usaha tersebut dan disusuli oleh pengumuman hari ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama memberi manfaat kepada semua segmen masyarakat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...