AMMuzik & Hiburan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Tindakan enam persatuan tidak cerminkan pendapat majoriti komuniti perfileman tanahair – Karyawan

125

11 Disember 2019 –  Tindakan enam persatuan yang mengadakan sidang media khas meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) YB Gobind Singh Deo, Pengerusi Finas, Datuk Hans Issac dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meletakkan jawatan adalah sebagai tidak mencerminkan pendapat majoriti komuniti perfileman tanahair kata Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

“Sudah jadi pengetahuan umum bahawa jika kita masukkan persatuan lain, iaitu persatuan perfileman dari penerbit Cina, India, Sabah dan Sarawak serta badan-badan penggiat filem yang lain kami mempunyai lebih daripada 30 persatuan dalam industri perfileman tanahair. Ini termasuk persatuan yang terbesar di dalam industri perfileman iaitu PFM atau Persatuan Penerbit Filem.

Jadi apa yang dilakukan oleh enam persatuan ini sudah jelas tidak mewakili pendapat majoriti penggiat filem dan televisyen yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan pandangan enam persatuan ini” jelas Freddie.

Freddie juga berpendapat bahawa para penggiat industri perfileman harus berterima kasih kepada Gobind di atas pengumuman beliau semalam iaitu Kerajaan telah meluluskan cadangan kenaikan kadar harga kepada para pengkarya seni kreatif bagi siaran hasil karya mereka di RTM  yang menyaksikan peningkatan sebanyak 10 hingga 60 peratus.

“Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menteri diajak letak jawatan pula. Ini suatu tindakan yang tidak memberi gambaran benar tentang pendapat pemain industri yang kebanyakan mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri atas pencapaian ini.

Finas kini sedang mengalami transformasi dan penambahbaikan di era kerajaan baru dan mungkin sesetengah pihak tidak faham proses ini kerana terbiasa dengan struktur lama. Saya rasa Menteri KKMM lebih memahami apa yang perlu dilakukan sama ada merombak hierarki atau menyusun semula struktur Finas. Semua penggiat filem dan televisyen harus sokong usaha ini dan tidak benarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan yang merupakan minoriti dalam industri” tambah Freddie.

Pihak Life News Agency turut menghubungi jurucakap komuniti Netinfra yang merupakan komuniti online bebas yang tidak terikat dengan mana mana pihak, bagi mendapatkan pandangan mengenai isu tersebut.

“Bagi pandangan kami, Gobind telah menjalankan perkhidmatan yang cemerlang sebagai seorang Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau telah berjaya membawa perubahan besar dalam bidang komunikasi dan penyiaran dan sebagai contoh dari usaha beliaulah teknologi penyiaran negara ini telah beralih dari analog ke digital sepenuhnya di dalam tempoh yang singkat. Usaha tersebut bukannya mudah dan mungkin hanya mereka yang terlibat di dalam bidang network faham mengenai usaha-usaha ini.

Saya sendiri pun hairan bagaimana seseorang yang mempunyai latar belakang bidang undang-undang seperti Gobind boleh bercakap mengenai copper, fiber dan sebagainya. Ini bermakna beliau mempunyai pasukan yang bagus sebagai penasihat beliau dan beliau sendiri mengambil inisiatif untuk mempelajari teknologi ini dengan pantas” ujar jurucakap Netinfra.

Semalam PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Malaysian Society of Cinematographers (MySC) dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDAM) mengadakan sidang media khas meminta Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac serta Ahli Lembaga Pengarah Finas  meletakkan jawatan kerana didakwa mempunyai kepentingan peribadi.

Mereka juga meminta agar Ahmad Idham Ahmad Nadzri dikekalkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Ahmad Idham. Pada Isnin lepas, Finas telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Ahli Lembaga Pengarah telah menerima dan meluluskan permohonan Ahmad Idham memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas kepada 10 Mac 2020 di atas sebab-sebab peribadi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...