Home MY LNA niaga PKS tempatan perlu pastikan produk dan perkhidmatan tembusi pasaran global
niaga

PKS tempatan perlu pastikan produk dan perkhidmatan tembusi pasaran global

SELANGOR 9 Disember 2019 – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi menegaskan bahawa usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan perlu memastikan produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan mampu menembusi pasaran global.

Sumber Foto : Forbes

“PKS tempatan kini tidak boleh hanya memfokuskan kepada pemasaran dan pengeluaran bagi pasaran tempatan semata-mata, tetapi perlu memastikan produk serta perkhidmatan mampu menembusi pasaran global.

Adaptasi PKS ke atas teknologi industri 4.0 akan meningkatkan keupayaan syarikat dalam mendepani cabaran pasaran global agar kekal kompetitif dan relevan di pasaran tempatan dan antarabangsa,” kata beliau.

Wan Suraya berkata demikian di Majlis Perasmian MED-MTDC I4.0 Accelerator Programme yang berlangsung di Bangi Resort Hotel pada hari ini di mana ia turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan YBrs. En. Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia.

MED-MTDC I4.0 Accelerator Programme merupakan sebuah projek rintis melalui kolaborasi strategik di antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan ia disertai oleh 100 syarikat mikro dan PKS bertujuan membangunkan PKS Bumiputera untuk migrasi/mengadaptasi teknologi industri 4.0 dalam perniagaan mereka melalui penyediaan sokongan teknikal dan pementoran.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Biz @ My LNAMY LNAniaga

Saham KGW Terlebih Langganan Sebanyak 50.45 Kali

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – KGW Group Berhad (“KGW” atau “Kumpulan“), penyedia perkhidmatan...

Biz @ My LNAMY LNAniaga

DC Healthcare buat penampilan di pasaran ACE dengan premium RM0.15 lebih harga IPO

SHAH ALAM, 17 JULAI 2023 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”), penyedia...

MY LNAniaga

Henkel Converters’ Academy dibuka di Jakarta untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja pembungkusan fleksibel

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2023 – Pada awal Jun, Henkel Converters’ Academy...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAniagaPertanian @ My LNAUTAMA

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...