AMBM @ MY LNANiaga @ My LNA

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

149
EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 3 Julai 2024 – Bagi menghargai usahawan di negeri ini, Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Anugerah Usahawan Negeri Melaka tidak lama lagi.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, anugerah tersebut bakal mempertandingkan 10 kategori meliputi pelbagai jenis perniagaan.

Ia jelasnya, termasuklah usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS); global; wanita; orang kurang upaya (OKU); belia; digital dan inovasi serta lain-lain lagi yang akan diumumkan kelak.

“Di Melaka terdapat pelbagai jenis perniagaan dan usahawan yang sangat berjaya sehingga dapat menembusi Bursa Malaysia, selain ada di antaranya yang tular dalam negara sehingga menggamit pengunjung dan pelancong.

“Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menerusi Anugerah Usahawan Negeri Melaka bagi memberi pengiktiragan kepada usahawan-usahawan yang berjaya di negeri ini.

“Terdapat 10 kategori akan dipertandingkan dan tiga usahawan terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir, di mana pemenang akan memenangi hadiah berupa sijil, trofi dan geran,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Allex, pengumuman lanjut mengenai Anugerah Usahawan Negeri Melaka akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook rasmi beliau.

“Segala perbincangan, penilaian dan lain-lain akan dibuat oleh jawatankuasa sedia ada oleh Kerajaan Negeri yang mana ia akan diadili sebaik mungkin.

“Jadi, saya menyeru para usahawan untuk mengikuti laman sosial rasmi saya agar tidak terlepas peluang untuk menjadi usahawan terbaik Negeri Melaka,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...