Kenyataan MediaPendidikan @ My LNA

KERJASAMA ERAT KEMENTERIAN DAN INDUSTRI BAGI AGENDA NASIONAL – PEMERKASAAN TVET – KPM

114

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik, telah mempengerusikan
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET (JKKPTVET) di
Putrajaya baru-baru ini. JKKPTVET telah ditubuhkan ekoran persetujuan Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 dan dianggotai oleh 8 kementerian di mana
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku pengerusi JKKPTVET.


JKKPTVET merupakan manifestasi komitmen Kerajaan untuk mengukuh dan
menyelaras kerjasama merentasi kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam ekosistem TVET melalui penglibatan aktif pihak industri untuk menjadikan TVET sebagai pendidikan dan kerjaya pilihan.

Untuk maksud ini, JKKPTVET turut disertai oleh Presiden FMM, Dr. Soh Thian Lai,
yang juga menerajui JKKPTVET Teknikal untuk menggembleng penglibatan pihak
industri.

Dengan bervisikan ‘TVET untuk Tenaga Kerja Berkemahiran Menjelang 2030’ serta
misi ‘Memperkasa Tenaga Kerja dengan Kemahiran Berasaskan Industri untuk
Memacu Ekonomi Negara’, JKKPTVET telah merancang 20 strategi and 15
cadangan berdasarkan lima tonggak utama iaitu governan, pembiayaan, industri, kualiti dan penjenamaan, hasil dari siri perbincangan dan mesyuarat yang telah diadakan bagi menyokong Pelan Pemerkasaan TVET dalam mencapai aspirasi negara bagi ekosistem TVET.

Bagi melancarkan serta mempermudahkan kerjasama antara semua pihak yang terlibat, satu sistem Data Raya TVET akan diwujudkan di bawah kluster Governan.

Dua program utama juga telah dirancang dan bakal diadakan iaitu Ekspo TVET di
Seberang Perai, Pulau Pinang pada 19 hingga 20 September 2019 dan Dialog
Industri di Putrajaya pada 26 September 2019.

Mesyuarat JKKPTVET yang akan datang dijadualkan pada November 2019 untuk
membahaskan halatuju TVET dalam RMK-12 (2021 – 2025) dan belanjawan 2020
dan 2021.

Anggota Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET adalah:

  1. YB Menteri Pendidikan Malaysia selaku Pengerusi JKKPTVET
  2. YB Menteri Sumber Manusia
  3. YB Menteri Pembangunan Luar Bandar
  4. YB Menteri Belia dan Sukan
  5. YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  6. YB Menteri Pembangunan Usahawan
  7. YB Menteri Pertanian dan Industri Asas
  8. YB Menteri Kerja Raya
  9. Presiden FMM selaku Pengerusi JK Teknikal TVET
  10. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia selaku Urus Setia JKKPTVET.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 SEPTEMBER 2019

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...