Pendidikan @ My LNA

Siti Zainon Ismail Penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14

316

Putrajaya 3 September 2019 – Profesor Dr Siti Zainon Binti Ismail telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Pemilihan beliau ini adalah berdasarkan kepada sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran, sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima.

Dengan pemilihan ini, penghargaan dan penghormatan negara yang akan diberikan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

  1. Warkah Penghormatan Negara;
  2. Wang tunai sebanyak RM60,000.00;
  3. Penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500 000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan;
  4. Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan;
  5. Kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera;
  6. Kemudahan untuk penerbitan karya;
  7. Penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing, dan
  8. Elaun Sara Hidup sebanyak RM5,000.00 sebulan.

Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 2019, jam 8.30 malam di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr....

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...