Gaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNAVideo

[VIDEO] Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances – idea dan inisiatif MOTAC bagi bantu artis buskers

250

Setelah 3 bulan terhenti berikutan larangan aktiviti sosial termasuk busking demi mengawal penularan pandemik Covid-19, persembahan muzik di lapangan terbuka itu kini mula beroperasi di KLIA Ekspress Arrival Hall, KL Sentral.

Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) apabila Menterinya, Dato Sri Hajah Nancy Shukri mencadangkan idea tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor pada Julai tahun lalu bagi membantu artis buskers yang terkesan Ketika berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 .

Inisiatif tersebut bagaimanapun beberapa kali tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aktiviti busking hanya mula dibenarkan pada 6 November 2020 dan tertangguh sekali lagi pada 10 Januari 2021 berikutan PKP.

Menteri MOTAC, Dato Sri Hajah Nancy Shukri yang turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan itu lega apabila inisiatif yang telah lama dirancang akhirnya dapat dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SUMBER : MOTAC



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNARemaja @ My LNA

Inshirah yakin bidang perakaunan buka peluang kerjaya luas

“Saya percaya ilmu yang dimiliki seseorang adalah kunci yang membezakan tahap kejayaan...

AMBernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) – Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi...