3 Mac 2021 – Pakatan Harapan (PH) kesal dengan alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tentang mengapa Jemaah Menteri tidak menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang. Antaranya ialah undang-undang yang tidak perlu diluluskan Parlimen sewaktu darurat berkuatkuasa, dan ramainya Ahli Parlimen yang berisiko tinggi menjangkiti COVID-19 sekiranya Parlimen bersidang.
Kata Majlis Setiausaha PH melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, kesemua alasan yang diberi adalah lemah, dangkal dan tidak menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda pada 24 Februari lalu yang menyatakan Parlimen boleh bersidang sewaktu darurat berkuatkuasa.
“Kekeliruan SOP COVID-19, kemarahan rakyat tentang isu “Antara Dua Darjat” dalam penguatkuasaan, bantuan kerajaan yang tidak sampai atau tidak mencukupi, dan banyak masalah lain adalah sebab utama mengapa Parlimen mesti bersidang segera.
Sebagai institusi ulung demokrasi negara kita, Parlimen turut berfungsi sebagai tempat proses semak imbang pengurusan kerajaan dilakukan. Tanpa Parlimen termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, proses semak imbang tersebut telah ‘dimatikan’.” kata Majlis Setiausaha PH.
- 2023 Taitung “Most Beautiful Starry Sky” Concert: “6 Bests” Invites Everyone to Watch the Stars
- Move on, DAP tells UMNO Youth after apology demand
- Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti
- Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian
- UMNO always stance to defend Malay and Islam issues – Zahid
Mengulas lanjut mengenai isu jangkitan COVID-19 di kalangan Ahli-Ahli Parlimen, Majlis Setiausaha PH mendakwa Takiyuddin tidak menyatakan kepada media bahawa, berdasarkan bukti dan data, sepanjang 55 hari Parlimen bersidang pada tahun 2020, tiada seorang pun Ahli Parlimen yang menjangkiti COVID-19 di Parlimen itu sendiri, dan tiada satu pun kluster COVID-19 yang dibuktikan terhasil akibat persidangan Parlimen.
“Perlu diingatkan bahawa pada waktu itu, belum seorang Ahli Parlimen pun yang telah menerima vaksin.
Malah fakta ini membuktikan bahawa langkah-langkah dan SOP yang diambil bagi perjalanan sidang Parlimen pada 2020 berkesan, dan Parlimen boleh bersidang sekarang tanpa lengah.
Majlis Setiausaha tidak boleh menerima alasan-alasan YB Menteri. Pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan tamat dan diganti dengan PKP Pemulihan atau PKP Bersyarat, pada ketika lebih banyak sektor ekonomi dibenar beroperasi, dan pada ketika pihak Eksekutif serta Kehakiman boleh berfungsi, tiada alasan lagi untuk Parlimen tidak bersidang sesegera mungkin.” tegas mereka.
Leave a comment