Home Gaya Hidup [VIDEO] Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances – idea dan inisiatif MOTAC bagi bantu artis buskers
Gaya HidupMuzik dan HiburanPelanconganSeni dan BudayaVideo

[VIDEO] Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances – idea dan inisiatif MOTAC bagi bantu artis buskers

Setelah 3 bulan terhenti berikutan larangan aktiviti sosial termasuk busking demi mengawal penularan pandemik Covid-19, persembahan muzik di lapangan terbuka itu kini mula beroperasi di KLIA Ekspress Arrival Hall, KL Sentral.

Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) apabila Menterinya, Dato Sri Hajah Nancy Shukri mencadangkan idea tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor pada Julai tahun lalu bagi membantu artis buskers yang terkesan Ketika berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 .

Inisiatif tersebut bagaimanapun beberapa kali tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aktiviti busking hanya mula dibenarkan pada 6 November 2020 dan tertangguh sekali lagi pada 10 Januari 2021 berikutan PKP.

Menteri MOTAC, Dato Sri Hajah Nancy Shukri yang turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan itu lega apabila inisiatif yang telah lama dirancang akhirnya dapat dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SUMBER : MOTAC



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Gaya HidupHighlightsMY LNASukan

KERTEH FC – KELAB KAMPUNG DAPAT SENTUHAN DNA AKADEMI BOLA SEPAK SEPANYOL

KERTEH, 27 Mei 2023- Kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC yang berpangkalan...

Gaya HidupHighlightsMY LNASeni dan Budaya

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

AMMY LNASeni dan Budaya

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April – UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan...