Politik @ My LNA

Menteri KPWKM Perlu Mengambil Inisiatif Menyelesaikan Isu Permohonan Lesen Berkembar (Dual-Licensing) TASKA dan TADIKA

112

KENYATAAN MEDIA OLEH HANNAH YEOH AHLI PARLIMEN SEGAMBUT BERTARIKH 5 MAC 2021

  1. Inisiatif untuk membincangkan mengenai isu permohonan lesen berkembar (dual-licensing) bagi pengusaha yang memiliki kedua-dua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di dalam satu premis telah pun dimulakan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) setelah kami mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pengusaha, pengasuh dan ibu bapa.
  2. Banyak pertemuan telah pun diadakan dengan pemegang taruh bagi merangka penyelesaian mengenai isu ini, malah saya juga telah membangkitkan masalah ini di Parlimen namun sehingga kini belum mendapat sebarang jawapan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), seolah-olah masalah ini seperti tidak mahu diselesaikan.
  3. KPWKM perlu mengambil inisiatif menyegerakan proses libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pemegang taruh yang lain bagi meneliti keperluan dan kepentingan membenarkan permohonan lesen berkembar bagi kedua-dua pengusaha yang memiliki TASKA dan TADIKA di dalam satu premis. Kegagalan ini telah menimbulkan begitu banyak kekeliruan kepada ibu bapa terutama sekali semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila Kerajaan hanya membenarkan operasi TASKA yang menjaga kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah tetapi melarang TADIKA yang menjaga kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk beroperasi.
  4. Keadaan seperti ini menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di TASKA dan TADIKA kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menghantar anak-anak mereka yang berusia 4 hingga 6 tahun, walaupun mereka dapat mengakses perkhidmatan di TASKA. Malah, para pengusaha TADIKA terpaksa menghadapi kesan kewangan yang teruk akibat arahan yang mengelirukan ini.
  5. Saya menyeru Menteri KPWKM Rina Harun dan Menteri Pendidikan Mohd. Radzi Md. Jidin supaya menjadikan isu ini sebagai keutamaan mereka. Pengurusan institusi pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak mesti segera diselaraskan dibawah satu Kementerian sahaja. KPWKM dan KPM perlu melihat kewujudan lesen berkembar kepada pengusaha yang memiliki TASKA dan TADIKA akan dapat mengurangkan karenah birokrasi serta mewujudkan sistem pemantauan yang lebih berkesan kepada keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...