AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

HANYA 6.1% PENDUDUK MALAYSIA DAFTAR UNTUK VAKSINASI MELALUI MYSEJAHTERA

133

1 Mac 2021 – Setakat jam 11 pagi hari ini (1 Mac 2021) sejumlah 1,468,137 penduduk negara ini telah mendaftar untuk dapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi My Sejahtera. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin di sidang media Perkembangan PICK yang diadakan hari ini.

“Dari segi peratus penduduk itu hanya 6.1 peratus sahaja. Target kita adalah 80 peratus penduduk Malaysia.

Jadi ini adalah satu tahap pendaftaran yang agak rendah dan perlu untuk kita tingkatkan lagi usaha untuk mendapat lebih ramai orang lagi mendaftar untuk menerima vaksin mereka. ” kata Khairy.

Sementara itu bilangan penduduk yang telah divaksinasi setakat jam 11 pagi hari ini adalah seramai 17, 064 orang.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan tiga buah negeri tertinggi melakukan vaksinisasi iaitu Sarawak (7402), Pahang (2416) dan Perak (1277).

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan oleh Khairy dan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham Baba memutuskan bahawa pemberian vaksin fasa pertama ini diutamakan kepada petugas barisan hadapan.

“Mesyuarat juga telah mendefinisikan dengan lebih jelas takrifan frontliners petugas barisan hadapan. Kerajaan tidak akan memberi keutamaan kepada mana-mana individu atau mana-mana pihak yang bukannya dalam kategori barisan hadapan untuk menerima vaksin terlebih dahulu.

Mesyuarat pada hari ini juga turut bersetuju untuk jawatankuasa kecil di bawah JKJAV mengenal pasti dan memproses permohonan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan NGO untuk menerima vaksinasi. Setakat ini JKJAV telah menerima banyak permohonan dari pelbagai pihak untuk diberi keutamaan suntikan vaksin COVID-19″ kata JKAV di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...