Home MY LNA AM Politik @ My LNA Janji PN sempena Hari Wilayah hanya indah khabar dari rupa – PH
Politik @ My LNA

Janji PN sempena Hari Wilayah hanya indah khabar dari rupa – PH

1 Mac 2021 – Kumpulan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutan mendakwa Perutusan Perdana Menteri bersempena Hari Wilayah yang berjanji untuk menyumbangkan 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanyalah indah khabar daripada rupa.

Mereka yang terdiri daripada Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), P. Prabakaran (Batu) dan Hannah Yeoh (Segambut) berkata sehingga hari ini rakyat dibiarkan tertanya-tanya bagaimana beras tersebut diagihkan kepada mereka, bagaimana penduduk boleh memohon dan kepada siapa mereka boleh membuat permohonan.

“Adakah agihan beras ini dibuat oleh lantikan politik Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menyebabkan bantuan ini tidak sampai kepada mereka yang sepatut menerimanya?” soal Ahli-ahli Parlimen tersebut.

Dalam pada itu mereka juga persoalkan Program Bakul Makanan berupa pemberian barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah melibatkan peruntukan RM50 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2.Selain itu, Program Bakul Makanan berupa pemberian barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah melibatkan peruntukan RM50 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kini kelihatan tidak berjalan seperti yang dirancang. Walaupun sudah memasuki tiga bulan semenjak pengisytiharan Darurat diumumkan namun rakyat masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bakul makanan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan PN.

“Kami menggesa Kerajaan PN memaklumkan dengan jelas bagaimanakah mekanisma pemberian beras dan pengagihan bakul makanan JKM dilaksanakan. Sebarang kelewatan dalam tindakan ini akan menjejaskan keadaan rakyat yang semakin hari semakin terjejas akibat pandemik Covid-19 ini.

Malaysia tidak perlukan kad laporan prestasi Kerajaan PN yang digambarkan indah khabar dari rupa dan hanya cuma sedap dibaca sedangkan rakyat tidak langsung merasai kesannya. Atas sebab-sebab inilah Parlimen seharusnya bersidang supaya Wakil Rakyat boleh mendapatkan jawapan untuk persoalan seperti dinyatakan ini” tegas mereka.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...