PUTRAJAYA 1 Mac 2021 – Jawatankuasa Induk Keusahawanan Wanita (JIKW) ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebagai satu platform yang mendokong agenda bagi memperkasakan keusahawanan khusus kepada koperasi/ komuniti usahawan wanita dari pelbagai kategori, termasuk juga kategori penjaja kecil (informal).
Menurut MEDAC dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, jawatankuasa tersebut yang merupakan kesinambungan kepada Sesi Dialog Keusahawanan Wanita pada September 2020 telah bersidang buat pertama kalinya pada 1 Mac 2021 dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Shamsudin. Kehadiran terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi, koperasi dan juga persatuan bukan kerajaan (NGO) wanita.
“Jelas dengan fokusnya ke arah pemerkasan usahawan wanita, MEDAC menyambut baik jalinan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak di mana peranan setiap Kementerian, agensi, koperasi dan NGO adalah saling melengkapi dengan matlamat dan hala tuju yang sama. Platform JIKW dilihat dapat mewujudkan sinergi yang lebih bersepadu, di mana semua pihak bermuafakat dalam mencari pendekatan terbaik bagi memastikan iniasiatif atau program yang dirangka dapat berjalan lancar dengan impak positif kepada golongan sasar iaitu usahawan wanita. Dalam hal ini, penjaja kecil (informal) tidak dipinggirkan kerana ia semakin berkembang lebih-lebih lagi ekoran pandemik COVID-19, di mana lebih ramai menceburi perniagaan kecil-kecilan sebagai alternatif menjana pendapatan.
JIKW juga melihat bahawa institusi koperasi dan NGO juga boleh digarap sebagai platform yang efektif dalam menyalurkan maklumat dan bimbingan kepada kumpulan usahawan wanita. Jalinan networking di seluruh negara juga dapat dioptimumkan dan secara tidak langsung dapat membangunkan satu ekosistem pembangunan usahawan yang kondusif. Perkongsian ilmu daripada persatuan atau NGO yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam sektor korporat juga dapat membantu terutamanya usahawan yang baru berjinak dalam perniagaan” kata MEDAC.
- Sholom Invites Community to “Home for the Holidays” Celebration & Open House
- CGTN: China vows continued efforts to build Asia-Pacific community with shared future
- TBS Energi Utama to Acquire Singapore’s Integrated Waste Management Services Provider, Sembcorp Environment Pte. Ltd.
- Score 11 Unbeatable Deals This 11.11 on Shopee with 90% Off Lowest Price Guaranteed
- Shenzhen China Wins the World Smart City Award, Demonstrating the Global Influence of Social Intelligent Governance of Mega City
Justeru, JIKW diharapkan dapat meningkatkan peratusan penglibatan usahawan dalam kalangan wanita dan di masa yang sama memberi perhatian untuk memperkasakan usahawan wanita yang sedia ada ke peringkat yang lebih maju.
Tambah MEDAC, berdasarkan bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan bahawa peratusan perusahaan milikan wanita yang berdaftar adalah 20.6% atau 187,000 perusahaan, daripada jumlah perusahaaan 907,065 berdaftar di negara ini.
“Jumlah tersebut perlu ditingkatkan jika aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030 ingin direalisasikan.
Usaha ini adalah usaha jangka masa panjang dan perlu dilaksanakan secara berterusan agar seiring dengan strategi di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Menyedari hakikat tersebut, MEDAC akan meneruskan pendekatan libat urus dengan golongan sasar dari semasa ke semasa bagi mendapatkan gambaran jelas serta memahami situasi atau cabaran yang didepani agar inisiatif / program yang dirangka lebih fleksibel dan mampan.” kata MEDAC.
Leave a comment