AMEkonomi @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Pasti ada pendekatan baharu bagi kawal Covid-19 selain daripada teruskan halangan rentas negeri

87

PUTRAJAYA 28 Februari 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri melahirkan rasa khuatir dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri yang hanya akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin Covid-19.

Menurut Nancy di dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, beliau menghormati kepakaran dan pandangan Tan Sri Noor Hisham dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.

“Namun pada masa yang sama, saya khuatir kenyataan tersebut boleh memberi impak lebih buruk kepada industri pelancongan tempatan yang sudah setahun terkesan dan terjejas teruk.

Saya berbicara bukan sahaja tentang impak kepada ekonomi negara, tetapi juga memikirkan tentang periuk nasi dan kelangsungan hidup penggiat industri tempatan.

Saya berharap agar ada pemikiran baharu dalam cara untuk membenarkan semula gelembung perjalanan domestik dan pembukaan rentas negeri.” kata Nancy.

Katanya lagi, industri pelancongan berkait rapat dengan pergerakan manusia dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

“Bila mana tiada pergerakan bermakna tiadalah pelancongan dan tiadalah jua aktiviti ekonomi, yang seterusnya bermakna, tiada pekerjaan dan tiada pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam rantaian industri ini.

Oleh itu, saya berharap untuk menemui titik pertemuan yang boleh menyeimbangkan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi rakyat.” kata Nancy.

Tambah beliau, pendekatan baharu adalah perlu. Justeru, beliau menaruh harapan dan yakin bahawa pasti ada pendekatan baharu untuk mengawal penyebaran Covid-19 selain daripada meneruskan halangan rentas negeri.

“Biar kita menang dalam menangani pandemik ini dan kita juga menang dalam memulihkan ekonomi negara, terutamanya industri pelancongan. Kami di MOTAC sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk mencari jalan terbaik.” ujar Nancy.

Pada 25 Februari 2021 lepas, Nancy telah mengadakan sesi libat urus bersama industri Penerbangan dan industri Mesyuarat, Inisiatif, Persidangan dan Pameran (MICE) serta industri Acara Perniagaan di Pejabat MOTAC di Putrajaya.

Kesemua pemegang taruh yang hadir dalam pertemuan tersebut rata-rata meminta Kerajaan membenarkan semula pergerakan atau perjalanan antara daerah atau negeri.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...