AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Industri Penerbangan, MICE dan Acara Perniagaan pohon Kerajaan benarkan semula rentas daerah atau negeri

131

25 Februari 2021 – Kesemua pemegang taruh yang mewakili industri penerbangan dan industri mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) serta industri acara perniagaan rata-rata memohon agar Kerajaan membenarkan semula pergerakan atau perjalanan antara daerah atau negeri. Ini dinyatakan oleh mereka ketika sesi libat urus bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di pejabat MOTAC di Putrajaya semalam.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam para pemegang taruh juga meminta agar pengunjung yang mengemukakan bukti telah divaksin untuk tidak dikuarantin.

Dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes telah mengemukakan sebanyak 5 isu dan cabaran yang dihadapi industri penerbangan. Antaranya ialah cadangan mengkaji semula syarat perjalanan travel bubbles agar diperluaskan kepada urusan penting (essential) dan perniagaan.

“Dalam hal ini, Dato’ Sri Hajah Nancy berkata meskipun MOTAC bercadang menambah lima negara baharu iaitu Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Jepun di bawah inisiatif Reciprocal Green Lane (RGL) dan Travel Bubble, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaannya bukan sahaja tertakluk kepada persetujuan dua hala antara negara-negara luar yang terlibat malah turut melibatkan persetujuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Luar Negara, Kementerian Dalam Negeri serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).” kata MOTAC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail pula memohon agar insentif ”one-off” di bawah Program Domestic Travel Bubble dilanjutkan sehingga peruntukan yang diberikan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan pengguna menikmati potongan diskaun tiket penerbangan.

“Menjawab isu tersebut, Dato’ Sri Hajah Nancy berkata MOTAC sedang memohon pelanjutan tempoh pelaksanaan program ini sehingga bulan Disember 2021 dengan Kementerian berkaitan. Tambah beliau, MOTAC juga mencadangkan kepada Kementerian berkaitan agar kerjasama dengan syarikat penerbangan diteruskan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2021 sebagai kesinambungan kepada PRE1.0.” kata MOTAC.

Seterusnya mengenai cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri agar insentif atau dana diberikan kepada syarikat penerbangan bagi tujuan pemasaran, Nancy menjelaskan bahawa Tourism Malaysia akan meneruskan pelaksanaan aktiviti promosi dan pemasaran yang terlibat di bawah Program Joint International Tourism Development Program (JITDP) sepertimana kelulusan yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan peruntukan yang diberi sehingga bulan Disember 2021.

Malaysian Association of Convention & Exhibition Organisers & Suppliers (MACEOS) yang diwakili oleh Presidennya, Francis Teo dan mantan Presiden MACEOS, Dato’ Vincent Lim turut mengemukakan beberapa cadangan, antaranya laluan khas untuk business travellers dengan memudahkan pergerakan semasa ketibaan seperti penyediaan stesen pemeriksaan ujian Covid-19 dan mengurangkan tempoh kuarantin.

“Dato’ Sri Hajah Nancy berkata MOTAC menerusi MyCEB akan mengadakan perbincangan lanjut dengan MAB dan Jabatan Imigresen Malaysia seperti yang telah dibincangkan bersama Business Events Council Malaysia (BECM) dan MACEOS pada awal bulan ini.” kata MOTAC.

Turut hadir dalam sesi libat urus semalam adalah Pengurusan Tertinggi MOTAC yang diketuai oleh Ketua Setiausaha, Dato’ Dr Noor Zari bin Hamat bersama-sama dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Mohd Zamri bin Mat Zain, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md Zaid dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Dato’ Sri Abdul Khani bin Daud.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...