Home AM KPN akan perkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui penjenamaan baharu Tabika dan Taska Genius Perpaduan
AMKanak-kanakPendidikan

KPN akan perkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui penjenamaan baharu Tabika dan Taska Genius Perpaduan

25 Februari 2021 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan bahawa Tabika perpaduan dan Taska Genius Perpaduan akan diberikan penjenamaan baharu di mana beberapa perkara akan diperkasakan.

Kata Halimah Sadique ketika menyampaikan Ucapan Amanat Tahun 2021 Kementerian Perpaduan Negara (KPN) semalam, ia melibatkan peningkatan tahap profesionalisme guru dengan memastikan semua guru mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian iaitu sekurang-kurangnya diploma pendidikan awal kanak-kanak, atau yang setaraf.

Keduanya pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan melalui penyediaan buku aktiviti bagi setiap subjek dengan elemen perpaduan dan kenegaraan, pengenalan asas bahasa lain seperti bahasa mandarin dan tamil, perlaksanaan aktiviti jom urus diri kanak-kanak tabika perpaduan dalam membentuk disiplin dan sahsiah yang mulia serta memperkenal modul berbentuk permainan untuk kanak-kanak bagi membina kreativiti.

Ketiganya, KPN akan melaksanakan peningkatan identiti dan imej tabika dan taska dengan memperkenalkan logo baharu, starter kit dan keseragaman bangunan.

Dengan penambaikan ini, Halimah yakin Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan akan menjadi antara pilihan utama para ibu bapa bagi pendidikan awal anak-anak mereka.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...