SEPANG 21 Februari 2021 – Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada sekitar jam 10 pagi tadi di mana ia dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).
Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.
Kenamaan yang hadir untuk menyambut vaksin di KLIA termasuklah YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Berikut adalah galeri gambar-gambar acara ketibaan vaksin tersebut. Kredit kepada Jabatan Penerangan Malaysia.
Berita selanjutnya akan menyusul.
Leave a comment