AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Malaysia terima kumpulan pertama vaksin COVID-19 PFIZER BIONTECH

172

SEPANG 21 Februari 2021 – Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada sekitar jam 10 pagi tadi di mana ia dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Kenamaan yang hadir untuk menyambut vaksin di KLIA  termasuklah YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri  Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah galeri gambar-gambar acara ketibaan vaksin tersebut. Kredit kepada Jabatan Penerangan Malaysia.

Berita selanjutnya akan menyusul.


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...