KUANTAN 21 Februari 2021 – Tinjauan yang dilakukan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof ke tapak Projek Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang hari ini mendapati bahawa projek berkenaan setakat ini sudah 93 peratus siap iaitu menepati sasaran, dengan pihak kontraktor terlibat juga mematuhi SOP ditetapkan.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, projek bangunan milik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu dibina dengan kos kontrak berjumlah RM35,475,000.40.
“Ia terletak di Bandar Indera Mahkota, Mukim Kuala, Kuantan, Pahang, bersebelahan bangunan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Projek di atas tanah berkeluasan 2 hektar ini dilaksanakan secara tender terbuka dan dilaksanakan oleh kontraktor Uritec Team (M) Sdn. Bhd.” kata KKR.
- OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat
- Their quality of life depends on their oral health
- Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?
- Reduce stunting in children by empowering mothers
- Abu Dhabi’s Advanced Technology Research Council launches ‘AI71’: New AI Company Pioneering Decentralised Data Control for Companies & Countries
Tambah KKR, projek tersebut dijangka siap pada April 2021 setelah mengambilkira tempoh lanjutan masa akibat pandemik Covid-19 yang melanda Negara.
Skop kerja projek ini merangkumi pembinaan 3 Dewan Bicara Mahkamah Rendah, 2 Dewan Bicara Mahkamah Tinggi, 1 Dewan Bicara Mahkamah Rayuan, lima wakaf, pondok pengawal, rumah sampah, pencawang TNB, 168 petak letak kereta dan 30 petak motorsikal.
“Selain itu, turut dibina ialah surau, kafeteria, nurseri dan bilik servis, ruang pentadbiran seperti pejabat ketua hakim syarie, bilik mesyuarat utama, bahagian rekod dan pusat sumber.” kata KKR.
Leave a comment