AMBernamaBM @ MY LNAUTAMA

HASiL laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”

238
YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, KPE HASiL (depan, satu dari kanan) bersama-sama dengan YBhg. Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur (depan, satu dari kiri) dan Pengurusan Kanan HASiL memulakan operasi Lawatan Banci Bisnes di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 28 Februari (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha-usaha memperluas asas cukai dengan melaksanakan satu Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”. Lawatan Banci Bisnes (LBB) ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 Februari 2024 di sekitar Kuala Lumpur. 

Operasi Lawatan Banci Bisnes ini adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka oleh pegawai HASiL. Seramai lapan puluh (80) orang pegawai HASiL daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka terlibat di dalam operasi kali ini. Di dalam majlis perasmian LBB tersebut, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL berkata bahawa, strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehinggalah cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.  

Selain itu, melalui LBB ini juga pegawai HASiL akan turut menyampaikan info-info berkait dengan percukaian bagi mendidik para peniaga agar tahap kesedaran dan pematuhan mereka meningkat. YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin turut ‘turun padang’ di dalam LBB tersebut pada hari pertama di sebelah malam bersama-sama dengan YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) serta barisan pengurusan kanan HASiL di lokasi operasi sekitar Bukit Bintang yang tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perniagaan seperti gerai makanan, minuman dan buah-buahan. 

HASiL turut menegaskan bahawa segala hasil penemuan maklumat yang diperolehi akan disemak dengan teliti dan tindakan audit atau siasatan akan dijalankan ke atas individu, perniagaan dan syarikat yang cuba mencari helah atau mengelak daripada melaporkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya baik warga tempatan mahupun asing.  

Tindakan pematuhan secara berterusan juga akan dibuat termasuklah mengenakan penalti dan tindakan pendakwaan sekiranya didapati para peniaga gagal melaporkan jumlah pendapatan dan melanggar undang-undang percukaian. Menerusi pelaksanaan program seumpama ini, HASiL berharap aktiviti pelarian cukai dapat dibendung sekaligus dapat menyumbang kepada kelestarian ekosistem percukaian negara.  

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:  
 

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000  (Luar Negara); 

b) HASiL Live Chat; atau 

c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas 
 

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...