AMCOVID-19 @ My LNA

(UPDATE) Penafian Berita Palsu 29 Mac 2020, 3 pm – Pasukan Respon Pantas KKMM

80

29 Mac 2020, 3 PM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :

  1. MKN menafikan dakwaan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan senarai kawasan-kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang akan terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  2. KKM menafikan dakwaan bahawa Kampung Pandan, Desa Pandan dan Taman Maluri telah diisytihar sebagai red zone berikutan seorang lelaki Rohingya dari Kampung Pandan yang disyaki dijangkiti virus COVID-19 telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
  3. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menafikan kenyataan oleh seorang yang mendakwa diarah oleh Dato’ Temenggong untuk mendapatkan maklumat peribadi penduduk Kampung No.3 di Kuching dan kawasan sekitarnya untuk keperluan mesyuarat bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas kemungkinan berlaku ‘lockdown’ di Kampung No.3, Kampung No.4 dan Kampung No.6.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...