Home MY LNA AM ABIM: GERAKAN ILMU DAN BAKTI.
AMCOVID-19Kenyataan Media

ABIM: GERAKAN ILMU DAN BAKTI.

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh.

Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak terhad, namun penyerahan sumbangan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hasil sumbangan anda semua, masih perlu diteruskan. Apatah lagi mesej permohonan sering diterima dari hari ke hari.

Para aktivis dan petugas lapangan ABIM Pusat, ABIM Negeri dan ABIM Daerah di seluruh negara bertungkus-lumus ke banyak lokasi; memanjangkan amanah sumbangan anda semua.

Dari ceruk pedalaman, kawasan perkampungan sehinggalah ke kawasan golongan miskin bandar, kami tetap berikhtiar menghulurkan bantuan, mesti terdapat pelbagai kekangan serta keterbatasan.

Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada para pejuang #BarisanHadapan (jururawat dan doktor khususnya) – seperti gaun bedah (surgical gowns), topeng muka, sarung tangan pakai buang (disposable gloves), makanan percuma termasuk buah-buahan disampaikan.

Pasukan petugas lapangan ABIM, Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyampaikan sumbangan #AidForTheNeedy – makanan keperluan asasi termasuk barang mainan kanak-kanak. Dan tentunya anak-anak itulah yang paling gembira.

Mahu berpartisipasi dalam penyampaian sumbangan?

Tuan / Puan boleh membantu kami untuk beroperasi, berjuang dan terus berkembang dengan menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda ke Akaun ABIM:

BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...