AM

PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020 – Muhyiddin

81

PUTRAJAYA 25 Mac 2020 – YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan bahawa tempoh bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menurut Muhyiddin, keputusan ini dibuat setelah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku. Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia. ” kata Muhyiddin di dalam perutusan khas yang diadakan pada hari ini.

Tambah Muhyiddin, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, beliau akan buat pengumuman mengenainya.

Sehingga hari ini terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan lepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 17 orang setakat ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...