AMNiaga @ My LNA

Import cellulose fibre reinforced cement flat dan pattern sheet dari Indonesia, kerajaan akan kenakan duti anti-lambakan – MITI

210

25 Mac 2020 – Kerajaan Malaysia telah menjalankan penyiasatan anti-lambakan ke atas pengeluar dan pengimport cellulose fibre reinforced cement flat dan pattern sheet (dagangan subjek) di Malaysia termasuk pengeksport di Indonesia bermula sejak 26 Julai 2019. Ia adalah tindakan susulan dari petisyen yang difailkan oleh UAC Berhad selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan AntiLambakan 1993 dan Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

Pihak UAC Berhad mendakwa pengimportan dagangan subjek dari Republik Indonesia (Indonesia) berkenaan dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual di Indonesia. Situasi ini telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.

Jesteru itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, hasil dari siasatan tersebut Kerajaan telah memuktamadkan untuk mengenakan duti anti-lambakan ke atas keluaran cellulose fibre reinforced cement flat dan pattern sheet dan secara khususnya mengecualikan external roofing yang diimport dari Indonesia seperti berikut:

PT Etex Building Performance Indonesia 9.14%

Lain-lain 108.1%

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan kutipan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek ini selama lima (5) tahun mulai 21 Mac 2020 hingga 20 Mac 2025.

Pengenaan duti anti-lambakan terhadap import dagangan subjek dari Indonesia dijangka akan menangani isu amalan perdagangan yang tidak adil. ” jelas MITI.

Tambah MITI, pihak berkepentingan seperti pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuanpersatuan berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit Penentuan Muktamad dengan membuat permohonan bertulis kepada:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...