AM

Penafian Berita Palsu – Pasukan Respon Pantas KKMM

83

24 Mac 2020 – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial semalam.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial semalam tersebut adalah seperti berikut :

PDRM menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengenakan saman RM300 jika menaiki kereta lebih daripada seorang dan saman RM200 jika tidak memakai penutup mulut dan hidung (mask).

PDRM juga menafikan menafikan dakwaan 4 orang lelaki India positif COVID-19 lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sementara itu pihak Hospital Dungun menafikan kesemua staf hospital tersebut telah dikuarantin. Walaupun terdapat kes positif COVID-19 di hospital tersebut, arahan kuarantin tidak melibatkan kesemua staf seperti yang didakwa.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menafikan bahawa hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu COVID-19 yang dikesan.

Seterusnya, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak COVID-19 meliputi kawasan Sg. Lui, Sg. Ramal Dalam, Sg. Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh MKN Selangor.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...