AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

Agenda Perumahan Malaysia Madani Terus Diperkasa Melalui Pembinaan 56,002 Unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) Di Seluruh Negara

125

PUTRAJAYA, 13 APRIL 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan pada hari ini. Majlis penyerahan surat tawaran dan kunci rumah RMR ini juga turut berlangsung di seluruh negara melibatkan seramai 180 penerima secara keseluruhannya.

Program RMR merupakan salah satu program yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Sejak RMR diperkenalkan bermula tahun 2002 sehingga bulan Mac 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 56,002 unit RMR di seluruh negara. Kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta bagi membina 4,250 unit RMR di seluruh negara.

Bagi menangani isu peningkatan harga barang asas binaan yang tidak menentu, beberapa langkah proaktif telah diambil untuk memastikan harga sebuah unit RMR yang perlu dibayar oleh pemohon baharu akan terus kekal dengan harga subsidi dari pihak kerajaan bermula RM55,000 sehingga RM75,000 mengikut kategori masing- masing.

Menurut YB KM, “Program RMR akan terus mendapat pengekalan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah tersebut. Ini bermakna bayaran bulanan untuk program RMR kekal seperti sediakala, iaitu serendah RM300 sebulan selama 16 hingga 25 tahun”.

Tambah beliau, “Kriteria utama bagi pendapatan bulanan seisi rumah pemohon yang layak untuk memohon RMR ini juga telah dinaikkan dari RM3,000 menjadi RM5,000 bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memohon”, tambah beliau lagi.

Dalam majlis sama, SPNB telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia, Gombak, Selangor sebagai salah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datuk Husam bin Musa, Pengerusi SPNB; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; Datuk Hasleen bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB serta pengurusan Tertinggi Kementerian dan agensi di bawah KPKT.

SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan KPKT diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia MADANI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...