Home AM UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah
AMMY LNASeni dan Budaya

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April – UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan Hari Songkran yang disambut pada hari ini setiap tahun oleh masyarakat Siam ke dalam kalendar tahunan pelancongan negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sambutan Hari Songkran sememangnya mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong.

“Kedah di bawah Kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf sumbangan dan sokongan masyarakat Siam dalam kemajuan, pembangunan serta keamanan negeri Kedah khasnya dan negara Malaysia amnya.

Justeru, UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang melihat kepada kepentingan sumbangan masyarakat Siam di negeri ini dari segi kepentingan eko-pelancongan menerusi budaya dan adat resam mereka iaitu sambutan Hari Songkran”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Jelas Mahdzir, sumbangan masyarakat Siam di negeri itu tidak boleh dipinggirkan sama sekali walaupun jumlahnya minoriti berbanding kaum lain.

Ini kerana masyarakat Siam yang berasimilasi di Kedah sejak sekian lama telah menjadikan negeri Kedah sangat unik khususnya menerusi pelbagai acara kebudayaan termasuk sambutan Hari Songkran.

Selain itu kata Mahdzir, sikap toleransi, muafakat dan kerjasama yang diamalkan oleh masyarakat Siam, telah mewujudkan jalinan kesatuan, perpaduan dan keamanan di negeri itu.

“Saya juga melihat sambutan Hari Songkran ini bukan sahaja boleh dijadikan acara tarikan pelancong di peringkat negeri Kedah, malah Kementerian Pelancongan boleh juga mempromosikannya.

Negara jiran kita Thailand meraih keuntungan sektor pelancongannya setiap tahun menerusi acara Songkran tersebut hingga menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh pelancong asing untuk berkunjung ke negara itu”.

Untuk rekod, Kedah mempunyai jumlah penduduk masyarakat Siam paling ramai di negara ini iaitu lebih 40 ribu orang.

Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baru bagi masyarakat Siam khususnya di Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Economy & FinanceHighlightsMY LNA

MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS

Kuala Lumpur, 2 June 2023 – Malaysia has emerged as a prime...

Economy & FinanceEnergyMY LNAOpinion

Electricity tariffs: With you in mind

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The COVID-19 outbreak and the ongoing...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

EducationHighlightsMY LNA

UM STEM WITH CONGKAK AT CARDIFF MUSEUM, UNITED KINGDOM- A CROSS CULTURAL STEM PROGRAM

The core of Universiti Malaya STEM education means to educate and spark...