AMBM @ MY LNAUTAMA

Malaysia berhasrat anggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat) bagi Mewakili Rantau Asia Pasifik

73

PUTRAJAYA, 28 MAC 2023 –Satu sesi libat urus bersama duta besar dan wakil kedutaan asing di Malaysia daripada negara-negara rantau Asia Pasifik telah diadakan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2023 baru-baru ini.

Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, majlis yang julung kali diadakan itu melibatkan YB KM semenjak beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 3 Disember 2022.

“Majlis ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) merupakan satu wadah untuk merealisasikan hasrat Malaysia menganggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat).

Sesi libat urus ini merupakan inisiatif dan usaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meraih sokongan bagi Malaysia untuk menggangotai Lembaga Eksekutif tersebut serta mengukuhkan hubungan dan jalinan kerjasama dengan negaranegara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya dalam konteks perbandaran mampan.” kata KPKT.

Jelas YB KM, Malaysia berhasrat untuk menjadi antara negara ahli yang mewakili rantau Asia Pasifik bagi menganggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat semasa pemilihan yang akan diadakan di Nairobi, Kenya pada Jun 2023 bagi meletakkan negara di barisan hadapan dalam agenda perbandaran mampan dan sejagat di pentas global.

Selain itu, ia akan mengukuhkan peranan Malaysia dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) terutamanya Matlamat 11 (Sustainable Cities and Communities) antara lain, yang menjadi rujukan di peringkat global sebagai hala tuju pembangunan negara menerusi polisi dan inisiatif yang telah direncanakan oleh KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...