BM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAIsu Semasa @ My LNAKesihatan @ My LNA

Pasukan kerja rangka Kertas Putih perolehan Vaksin COVID-19 ditubuhkan

208

10 Februari 2023 – Merujuk kepada sidang media Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19.

Ia merupakan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Binti Mustafa berkata Kertas Putih tersebut akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat.

Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri juga, KKM akan memastikan sebarang urusan perolehan termasuk perolehan vaksin COVID-19 di bawah kementerian ini dilaksanakan dengan lebih teliti, berintegriti serta memastikan ia mempunyai manfaat timbal-balik kepada Kerajaan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...