Home Highlights Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan
HighlightsMY LNAPolitik

Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan

10 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan oleh pihak media baru-baru ini.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, laporan-laporan tersebut adalah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari 2023.

Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini.

“Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.

Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu.

Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

HighlightsMY LNAPendidikan

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...