AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

RUU kesalahan menghendap perlu dibentang semula di sidang Parlimen akan datang

334
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh. Sumber foto Facebook Ramkarpal Singh

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh memaklumkan bahawa sejak bulan Januari 2023, beliau telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 yang berhubung kesalahan menghendap (stalking).

Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Ramkarpal berkata hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, beliau telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan.

“Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dalam masa yang terdekat.

Tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri, kedua-dua RUU berkenaan akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang akan datang ini.” ujarnya.

RUU tersebut telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022, bacaan kali kedua dan ketiga pada 3 Oktober 2022 dan telah diluluskan setelah mendapat undi lebih suara daripada seramai 192 Ahli Dewan Rakyat yang hadir. Namun demikian, berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022, RUU itu tidak dapat dibentangkan di Dewan Negara pada sidang Parlimen yang sama dan perlu dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang yang akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...