Home AM PERTOM KL sediakan Menu RAHMAH
AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PERTOM KL sediakan Menu RAHMAH

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin bin Ayub melekatkan sticker Menu RAHMAH. Foto oleh FADLISHAM FADZIL

KUALA LUMPUR 8 Februari 2023 – Menu RAHMAH yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga sebuah hidangan seimbang yang sangat berpatutan itu, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Semalam Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia (PERTOM) serta 50 Pengusaha Restoran Tom Yam telah merasmikan Menu RAHMAH di sekitar Lembah Keramat AU5, Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menjawab soalan-soalan dari media semalam. Foto oleh FADLISHAM FADZIL

Program bersama Pengusaha Restoran Tom Yam dimulakan di sekitar Lembah Klang dan akan dikembangkan ke peringkat negeri dalam waktu terdekat. Pelaksanaan ini dibuat secara berperingkat melibatkan 600 pengusaha restoran seluruh Malaysia.

“Menu RAHMAH ini merupakan inisiatif Quick-Win kolaborasi antara Kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan ke seluruh negara. KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.

Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha restoran yang bersemangat menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah kepada rakyat secara sukarela.” kata Salahuddin.

KPDN serta Pejabat KPDN Negeri akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama pengusaha restoran untuk mempromosikan Menu Rahmah ini dan akan membangunkan direktori yang akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lokasi Menu Rahmah yang berhampiran dengan mereka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

HighlightsMY LNAPendidikan

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...