IPOH, 28 Januari 203 – Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menganjurkan majlis perjumpaan bekas pelajar tahun 1971/1973 bersama Mr. Helmut Ullrich yang merupakan tenaga pengajar PUO pada tahun 1971 hingga 1973. Mr. Ullrich yang berasal dari negara German merupakan tenaga pengajar di Jabatan Elektronik (kini Jabatan Kejuruteraan Elektrik).
Beliau telah diberikan penerangan ringkas berkenaan perkembangan PUO. Dalam sesi yang sama, Mr. Ullrich berkongsi pengalaman beliau sepanjang bertugas di Malaysia. Beliau turut dibawa melawat ke sekitar kampus PUO iaitu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kampus A dan sekitar kampus B. Mr. Ullrich juga berkesempatan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar PUO yang sedang menghadiri kursus kepimpinan sempena kemasukan pelajar baharu bagi sesi II 2022/2023.
Rata-rata bekas pelajar Mr. Ullrich menzahirkan kegembiraan dan penghargaan kepada beliau atas usahanya yang sentiasa meneroka peluang berhubung serta merapatkan persahabatan bersama-bekas-bekas pelajar. PUO menyambut baik usaha murni para alumni yang sentiasa berhubung dan mempelbagai jalinan kerjasama di antara satu sama lain.
PUO juga komited untuk meneruskan usaha mendampingi alumni dari pelbagai latar belakang agar hubungan baik di antara alumni dan institusi ini kekal utuh dan seterusnya alumni berpotensi untuk menjadi rakan strategik serta menyumbang kepakaran bagi membantu PUO melahirkan graduan yang terampil dan kompeten.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment