Home AM Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Tahun 1971/1973 Politeknik Ungku Omar Bersama Mr. Helmut Ullrich
AMMY LNAPendidikan

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Tahun 1971/1973 Politeknik Ungku Omar Bersama Mr. Helmut Ullrich

Sebahagian para pelajar PUO meluangkan masa beramah mesra bersama-sama Mr Ullrich. Kredit Foto PUO

IPOH, 28 Januari 203 – Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menganjurkan majlis perjumpaan bekas pelajar tahun 1971/1973 bersama Mr. Helmut Ullrich yang merupakan tenaga pengajar PUO pada tahun 1971 hingga 1973. Mr. Ullrich yang berasal dari negara German merupakan tenaga pengajar di Jabatan Elektronik (kini Jabatan Kejuruteraan Elektrik).

Beliau telah diberikan penerangan ringkas berkenaan perkembangan PUO. Dalam sesi yang sama, Mr. Ullrich berkongsi pengalaman beliau sepanjang bertugas di Malaysia. Beliau turut dibawa melawat ke sekitar kampus PUO iaitu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kampus A dan sekitar kampus B. Mr. Ullrich juga berkesempatan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar PUO yang sedang menghadiri kursus kepimpinan sempena kemasukan pelajar baharu bagi sesi II 2022/2023.

Rata-rata bekas pelajar Mr. Ullrich menzahirkan kegembiraan dan penghargaan kepada beliau atas usahanya yang sentiasa meneroka peluang berhubung serta merapatkan persahabatan bersama-bekas-bekas pelajar. PUO menyambut baik usaha murni para alumni yang sentiasa berhubung dan mempelbagai jalinan kerjasama di antara satu sama lain.

PUO juga komited untuk meneruskan usaha mendampingi alumni dari pelbagai latar belakang agar hubungan baik di antara alumni dan institusi ini kekal utuh dan seterusnya alumni berpotensi untuk menjadi rakan strategik serta menyumbang kepakaran bagi membantu PUO melahirkan graduan yang terampil dan kompeten.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...