KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Barisan Nasional (BN) tidak menolak permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjadi parti komponen BN.
Menjawab soalan pemberita di Bukit Aman hari ini, Ismail Sabri menerangkan bahawa BN masih lagi mempertimbangkan perkara itu.
“Tidak .. kita tak tolak. Kita kata kita masih lagi mempertimbangkan.” kata beliau ketika sidang media selepas sesi taklimat khas PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022 di sini.
Terdahulu Ismail Sabri berkata seramai 58,227 anggota polis akan terlibat pada hari mengundi.
Dalam pada itu, seramai 69,235 anggota keselamatan sedia digerakkan untuk menghadapi bencara banjir. Katanya bilangan mereka akan ditambah jika tidak mencukupi.
Jurufoto : Azuddin Ahmad Zin
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment