Home Politik Calon BN perlu jalani tapisan termasuk dengan Jabatan Agama
PolitikPRU15z10

Calon BN perlu jalani tapisan termasuk dengan Jabatan Agama

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding.

Menurutnya, saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu adalah bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah seperti berkahwin di Thailand dan juga isu pemberian nafkah.

“Kita juga akan ada saringan. Kena buat pemeriksaan antara nama-nama yang dicadangkan itu.

Kita akan menyemak dengan polis, SPRM (Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi,  mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi pun kita kena semak juga kot ada yang kahwin kat Siam ke. 

Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di Mahkamah Syariah ke, kalau dulu kita tak pernah periksa, kali ini kita lebih terperinci,” kata beliau kepada media selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman di sini hari ini.

Jurufoto : Azuddin Ahmad Zin

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPolitik

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut...

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...