23 Oktober 2022 – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti PAS memandang rendah Barisan Nasional (BN) dengan mengelar BN sebagai haiwan dan tumbuhan tetapi marah apabila digelar dengan istilah `pak lebai’.
“Sendiri makan cili, sendiri terasa pedas. Bukankah istilah `pak lebai’ lebih harmoni berbanding gelaran `itik’ dan ‘durian’.
Lagipun istilah `pak lebai’ dalam konteks politik bukan saya yang cipta, sebaliknya dipopularkan oleh sahabat baru mereka.” kata Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebook rami beliau hari ini.
Menurut beliau, istilah tersebut mula dipopularkan pada tahun 2017 oleh mula dipopularkan oleh bekas Timbalan Presiden PKR merangkap bekas Menteri Besar Selangor iaitu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Kata Ahmad Zahid, Mohamed Azmin kini merupakan Pengarah Pilihan Raya gabungan Perikatan Nasional (PN) di mana para pemimpin Pas sedang tumpahkan taat setia.
“Jadi seharusnya pemimpin Pas bertanya kepada pengarah pilihan raya gabungan baharu mereka mengenai istilah `pak lebai’.
Bagaimana beliau memperoleh ilham tersebut dan mengapa beliau ‘menobatkan’ Pas sebagai parti ‘pak lebai’.
Kesimpulannya jangan kerap melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif kerana berasa diri terlalu suci murni.” kata penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.
Tambah beliau, apabila UMNO dan BN enggan memenuhi kehendak PAS, mereka telah digelar sebagai haiwan dan seumpamanya.
“Sedangkan mereka sendiri tidak suka dikaitkan dengan sesuatu gelaran walaupun hanya `pak lebai’.
Gunakan politik untuk memperkuatkan agama, bukan menggunakan agama untuk memperkuatkan politik.” ujar Ahmad Zahid.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment