AMPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

JomLaunch Youth 2022 berjaya tarik minat lebih 50 institusi pengajian tinggi awam dan swasta

108

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2022 – Majlis Penutupan JomLaunch Youth 2022 telah berlangsung di Pusat Danganan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.

Inisiatif JomLaunch Youth 2022 itersebut bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang kepada belia Malaysia untuk mendalami bidang teknologi tinggi melalui tiga pilihan modul pembelajaran iaitu Internet of Things (IoT), Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar dan Pembangunan Aplikasi Web yang dilaksanakan secara percuma.

Menurut Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr. Adham Baba ia adalah sebahagian daripada usaha MOSTI untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi dan memperkasa agenda STI negara.

“Sejak JomLaunch Youth dilancarkan pada Jun 2022, seramai lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada belia berusia antara 18 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus percuma yang disediakan. MOSTI berharap di akhir pelaksanaan program ini, idea-idea yang berjaya akan dapat dikumpulkan bersama 2,000 idea STI lain yang berpotensi untuk dikomersialkan di bawah payung Malaysia Techlympics kelak”. katanya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim berkata JomLaunch Youth telah berjaya menarik minat dan penyertaan daripada lebih 50 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Justeru, kandungan kursus yang dirangka untuk JomLaunch Youth adalah sangat unik dan terkini, sejajar dengan keperluan kemahiran yang memenuhi permintaan pihak industri.

Tenaga pengajar berpengalaman turut menjadi mentor kepada para peserta dan telah mengadakan beberapa sesi webinar secara langsung sepanjang lima bulan program berlangsung. Ini membolehkan para peserta berinteraksi secara terus dengan tenaga pengajar dan mendapatkan bantuan serta nasihat yang diperlukan.” katanya.

MOSTI yakin, menerusi program sebegitu, Malaysia mampu melahirkan generasi muda yang celik sains, teknologi dan inovasi (STI) serta para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi tinggi untuk masyarakat.

“Ini seterusnya dapat memangkin ekonomi berasaskan inovasi. Inisiatif ini juga mampu meningkatkan kebolehan dan kesediaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi tinggi seterusnya memangkin Malaysia dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi.” kata MOSTI.

Untuk makluman, Malaysia Techlympics yang merupakan salah satu inisiatif MOSTI yang dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah menjalin kerjasama dengan JomWeb selaku rakan korporat bagi menjayakan program JomLaunch Youth 2022.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...