AM

KPDNHEP tinjau situasi semasa sempadan Malaysia – Indonesia di Serikin, Bau, Sarawak

701

SERIKIN, 23 Oktober 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof telah mengadakan lawatan kerja di Pos Kawalan Sempadan Serikin, Bau, Sarawak. Ia bertujuan untuk meninjau situasi semasa sempadan Malaysia – Indonesia di Serikin, Bau, Sarawak susulan pembukaan semula Pos Kawalan Sempadan Serikin bagi merancakkan kembali aktiviti perdagangan antara kedua – dua Negara, Malaysia – Indonesia selaras dengan pembukaan semula Pasar Serikin.

Menurut KPDNHEP, tujuan lawatan itu juga antara lain adalah bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak KPDNHEP dengan lain-lain agensi penguatkuasaan yang mengawal sempadan di kawasan ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak (MKN).

“Dalam lawatan ini, antara isu yang diberi tumpuan adalah berkaitan mekanisme untuk membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan/bersubsidi melalui sempadan Serikin, Malaysia ke Indonesia seperti gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, petrol, diesel, gula dan tepung gandum dengan lebih berkesan.

Isu penyeludupan barang kawalan/bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada Negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura merupakan salah satu perkara utama yang menjadi perhatian Kementerian. Berdasarkan statistik penguatkuasaan KPDNHEP pada tahun 2022 bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 September 2022 sebanyak 427 kes penyeludupan barang kawalan/bersubsidi di pintu-pintu sempadan Negara di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah berjaya dipatahkan di seluruh Negara melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 69.74 juta.

KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barang kawalan/bersubsidi yang berlaku kerana ianya boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada Negara selain barang kawalan/bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia telah diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke Negara jiran demi mengaut keuntungan lumayan dengan melakukan aktiviti haram ini.” kata Azman.

Tambahnya, KPDNHEP akan terus mengadakan jaringan serta memperkukuhkan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan bagi mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di sempadan Negara bagi mengatasi isu penyeludupan barangan kawalan/bersubsidi daripada terus berleluasa menerusi operasi bersepadu serta tindakan secara due diligence dengan mengadakan pengauditan di setiap rantaian pengedaran barang kawalan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...